IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Aug 5, 2008

just announcement

Buat sahabiah-sahabiah sekalian..
untuk merapatkan ukhawah antara kita..ana harap sahabiah2 sekalian alert dengan pengumuman nie..

NIE ADALAH CADANGAN DARI ADMIN PROMAT8-- DUR_AKHYAR

Ana nak sahabiah2 yang membaca tentang enty ni amatlah diminta kerjasama sahabiah2 tuk menghantar resume tentang diri antum semua ke alamat email profesional_muslimah_gen8@yahoo.com ,untuk makluman,email promat8@yahoo.com tidak dapat dibuka dan ajaklah sahabiah2 kita membaca entry ini...Apa yang perlu antumna antar adalah seperti berikut:

1.nama penuh
2.alamat tempat tinggal
3.alamat tempat belajar sekarang
4.tarikh lahir
5.program/course
6.panggilan
7.nama usrah di DQ
8jawatan yang dipegang sekarang
9.club atau society yang antum join
10.skill dalam komputer
11.no telefon
12.anak ke berapa
13.bil. adik beradik
14.tokoh yang dikagumi dan kenapa
15.tokoh zaman sekarang yang dikagumi dan kenapa
16.buku yang digemari
17.email,YM, friendster dan blog jika ada
18.pandangan antum tentang ukhawah sahabiah2 sekarang...



Cukup la tu ana rasa..ana harap antum bagi kerjasama..nie santai jer tau..just nak keep in touch ngan sahabiah2 sekalian..

Dan satu lagi kepada sahabiah2 yang ada friendster tu..promat8 menubuhkan grOUp promat8
di friendster..ramai2 lah kita 'lepak' di sana..untuk join..sila search group promat8..n meh pakat banat2 sekalian..meluahkan idea,pendapat dan cadangan antum semua...

Dan artikel yang terpilih akan di publishkan di blog promat8.

Dakwat untuk dakwah..
Sumbanglah walau sedikit untuk islam!!

~Lets walk together in the world !!

Aug 4, 2008

TAHNIAH KEPADA DAIE YANG TELAH DISATUKAN..


TAHNIAH BUAT PASANGAN KAK DAFIQAH (MANTAN EXCO LATERINFO 06/07) DAN USTAZ IZWAN NAJIB (kedua2nya baru sahaja konvo sama dgn kita minggu lepas) YANG TELAH MENDIRIKAN BAITUL MUSLIM PADA SABTU LEPAS ( 2 OGOS). MOGA RUMAHTANGGA KALIAN DIBERKATI ALLAH.. Lagi laporan di sini.. (YDP PERKEMAT)

p/s: Lagi Baitul Quran didirikan oleh ahli HAFS lepas Kak Hamizah & Kak Syafiqah. Kalian bila lagi?? Hm, tak semestinya Baitul Quran, tapi Baitul Muslim itulah yang WAJIB. Semoga kita dikurniakan yang terbaik..InsyaAllah =)

By: Loo @ Andah

DISEBALIK KONVOKESYEN KITA..


Sangat seronok mengingati kembali kenangan sepanjang majlis konvokesyen kita yg lepas.. walaupun baru seminggu berlalu. Kembali menjejakan kaki ke bumi Darul Quran yang menjadi persinggahan kita suatu ketika dulu adalah sauatu perkara yg amat mengembirakan, hinggakan tiap hari sebelum konvo saya mengira bilakah akan kembali ke bumi itu lagi. Di situlah kita rasakan segala ketenangan dan kedamaian, bukan pada pemandagan semulajadinya sahaja, juga pada biah dan hidup kita di sana.

Perubahan dan kelainan pada biah kita sekarang adalah satu ujian yang perlu kita terima. Sudah tentulah Dia Amat Mengetahui bahawa kita MAMPU untuk menghadapi ujian2 ini. Teringat pula 2 minggu lepas masa jamuan gabungan antara mantan ahli TTK dgn BPI kat surau KC. Seronok dapat berkumpul dan mengimbau nostalgia lama. Walaupun uia tak lah besar mana, tapi kalau dah asrama jauh2, kelas tak sama memg susah nak jumpa. Jumpa pun sempat bagi salam dan tanya kabar je. Kalau dulu selalu jumpa kat Dewan makan dan masjid, boleh borak2 jap masa penat cari modal (wa..dah lama xdengar perkataa nih..huhu)

Masa bas pertama banat masuk gate DQ suasana dalam bas yg sunyi asalnya (coz ramai dah tido on the way tuh) tetiba jadi hingar-bingar. Masing2 dah menzahirkan rasa rindu yg dah lama bersarang di hati. (Macamne r pulak korg boleh tetiba tercakap perkataan "RINDUNYA" dgn serentak masa tuh.. hehe)

Lepas urusan penginapan dan jubah konvo, terus ke rumah baru Ustzh Solihah & Ustz Muktasyaf di Rasa. Setiap kali bertemu Mr. IT ini, pasti ada perkara baru yg saja pelajari, kali ni pasal kamera dan pencahayaan yg saya x pernah tau pun b4 ni. Revolusi kamera beliau dari saya sem 1 dulu,sekarang beliau dah ada kamera canggih.. (berat pulak tu)

Hehe,walaupun cam bosan xsikit konvo kali ni coz x meriah mcm tahun lepas, tapi ini konvo kita.. mestilah kita rasa best.


Pagi konvo tu byk sms yg saya terima dr sahabt2 sekolah dan persatuan mgucapkan tahniah.
Ada satu msj yg saya hendak kongsi dgn kalian :

" ...moga mendapat 'ishmah Allah sepanjang masa.Moga menjadi huffaz yg barakah, memberi manfaat pada ummah. Doakan sahabat lain turut diizin menjadi huffaz."

Satu perkara yg perlu kita sedari dan syukuri dari dulu lagi, terlalu ramai sahabt kita yang mengimpikan untuk menjadi huffaz. Tapi kita yang dikurniakan Allah anugerah dan peluang ini sering kali jauh dari rasa bersyukur terutamanya saya sendiri. Sejak saya tinggal bersama golongan hamalatul quran ini, terlalu banyak 'keruntuhan' golongan ini yang saya lihat. Kalian pun tahukan tentg perubahan kita sejak kita dicampakkan ke dalam realiti masyarakat.
Kehidupan kita tidak sama mcm dulu pastinya, ujian kita berbeza. Ada yg diuji dgn roomate, classmate dll. Apa yg penting ingin saya seru, jagalah hidayah yg telah dianugerahkan sebaik2nya. Hidayah itu takkan kekal selamanya kecuali bagi mereka yg benar2 mahu menjaganya.
Tak sedihkah kalian melihat sahabat yang sama2 bermujahadah dgn kita menghafal dulu kini terang2ngan berduaan dgn bukan muhrim di kafe? Tak peritkah kita nak terima ramai antara kita bercouple? Ini ujian mereka, ujian kita tak tau lagi bila dan bagaimana. Berdoalah sentiasa agar ujian kita yg bakal mendatang ini mampu untuk kita hadapi dan sama sekali tak kecundang. Pertahankan prinsip2 yg kita pegang dlu untuk menjadikan kita benar2 muslimah solehah dan hafizah. Dan jangan sesekali serik untuk bantu sahabat2 kita yg sedang diuji,sekali pun payah. Dan paling penting, ambil pengajaran.






Hari 2 saya borak2 dgn roomate, Radhiyah. Juz tanya2 apa perasan masa konvo. Beliau jawab

"Sedihlah, sebab kita bukan ingat pun keseluruhan Al-Quran tu.."

Mari kita renungkan, kita menaiki pentas dan menerima sekeping sijil tahfiz dari menteri, disaksikan oleh ibu bapa, pensyarah dan sahabat. Sekaligus mengishtiharkan kepada umum secara rasminya kita adalah seorang yg menghafal 30 juzu' Al-Quran.

ADAKAH KITA INGAT SELURUHNYA?
ADAKAH KITA BERAMAL DGN KANDUNGANNYA?
ADAKAH KITA MENYERU ORANG LAIN UNTUK BERAMAL DGNNYA?
ADAKAH KITA BERMUJAHADAH MENJAGA HAFALAN; IADAH, PEMAKANAN, PERLAKUAN, PERCAKAPAN DSBNYA??
ADAKAH KITA BERUSAHA MENJADI HAMBANYA YG TERBAIK?

Secara jujurnya, jawapan saya untuk semua soalan di atas iadah TIDAK. Maka, saya sendiri bukanlah seorg hafizah. Maka sahabat2, sama2 kita Berusaha yang terbaik untuk mencapai kemulian di sisi Allah, bukan kemulian di dunia.

Sama2 saling memperkuat dan menegur, dan insyAllah sama2 kita cari kemulian itu. Maaf atas segala kekurangan dari pihak saya. Salam mahabbah dan selamat bercuti.

p/s: Study yer..nak xm buka cuti ni

Aug 2, 2008

APA JADI DENGAN MAJALAH GENER8??


Assalamualaikum..
Apa khabar kalian, terutamanya yg tiada di mata.. Sahabiah di nilai, maahad tahfiz dan insyaAllah yg akan berangkat ke bumi anbiya'?? Sangat rindu akan kalian, Alhamdulillah kita diizinkan untuk menyuburkan ukhwah pada majlis konvo lepas.. Cuma tak dapat jumpa Kak Hani.

Sebenarnya banyak benda yg saya nak kongsi sejak jadi student Taman Ilmu dan Budi ni. Cuma memang tak pandai nak urus masa, tutorial pun kelam kabut nak siapkan, apatahlagi nak lepak kat cc update blog. Oh, ye..lain kali boleh mintak Fizah hisma la yg update.. cc part timer tu..

Terus ke point kali ini.. MAAF PADA SEMUA... Maaf byk2 yer tentang majalah yg tak seperti yg kami janjikan. Saya pun dah cukup pening pasal perkara ni.. DAN MAAF SEBAB TAK BALAS MESEJ PADA SAHABIAH YG SELALU BERTANYA.. Saya dah tak larat dan tak sanggup nak beri harapan pada kalian, harapan yg diberikan pada saya hingga hari ini masih mengecewakan.
. melainkan dgn ucapan InsyaAllah pada kalian sebagai penejuk hati saya dan kalian.

Alhamdulillah, hari ini saya telah pulih dari minggu moody setelah mendapat kekuatan dari Penentu Segalanya. Maaf pada yg terkena bahang moody saya, terutamanya Alang Gee dan Ucu Dayah~diorg ni sgt takut nak tegur saya, hantar msj pun tak berani.. =), walhal diorg ni antara yg kerap bersama saya.Maaf3... Juga pada classmates... yg sama grup assingment, yg duduk sebelah saya.. saya langsung tak dapat nak fokus pada study minggu ni,
assingment2 pun kelam kabut siapkan. Maaf kerana terjadi garang secara tiba2.. Juga pada yg bertanya pada saya bila kita bertemu di jalanan, sekiranya jawapan saya tidak memuaskan hati dan mengecewakan kalian.. Maaf3



Ok,camni ceritanya..

Kami janji InsyaAllah kalian akan dapat majalah ni b4 habis blajar kat dq rite??

KKD lulus lambat, gerak kerja mula lambat.. maka terlambatlah segala2nya.. Maaf3

Kami janji InsyaAllah kalian akan dapat majalah ni masa konvo rite??

Cek baitulmal rm 1000 hilang dapat perjalanan 'dia' diterbangkan dr dq ke uia.. Maka kami tak dapat jelaskan baki pembayaran pada hari sabtu lepas..coz kena bayar cash on delivery.. Sebenarnya InsyaAllah boleh dilakukan menggunakan wang persendirian dulu, tp idea tu dtg lambat, masa syarikat tu dah x beroperasi pada hari sabtu.. Dan berlaku sedikit salah faham.. Maaf3,dari kelemahan pihak saya sendiri.. Dapat berita yang majalah xdapat dihantar pada hari yang dijanjikan, apatahlagi kami pun dah janji pada semua, adalah suatu yang amat mengecewakan. Alhamdulillah kesedaran bahawa Allah itu segalanya dan sokongan dan nasihat dari sahabat2 di sisi amat menguatkan kembali hati yang rasa mcm dah pecah ni.. Maaf pada kalian yang dah lama menunggu..

Kami janji InsyaAllah kalian akan dapat majalah b4 mid-break ni kan??

Publisher 2 kata nak hantar hari Isnin, sehari lepas konvo coz kami dah jelaskan semua pembayaran pada mereka.. Tapi tunggu punya tunggu, rupanya mereka tak dapat datang coz sangat bz kat upsi sampai hari rabu.. Hari rabu cadangnya mereka nak datang hantar ke pj.
Saya pun dah nak pengsan menunggu dr pagi sampai maghrib, nak g tasmi iadah dgn ustz yusri pun xdapat nak kosentrate. Last2 masa kelas tasmi tu la dapat tau publisher 2 xdpt dtg. Mereka sibuk yang amat, plg awal dapat hantar Sabtu petang, (tadi la tu..)..

Saya langsung tak setuju, coz kami dah janji dgn kalian nak bg b4 cuti ni.. ramai yg dah berangkat pulang tghari sabtu. Maka Alhamdulillah, muncul la idea2 yang logik, tp kurang bernas berserta sedikit 'konflik' dgn tunjang2 redaksi. Saya pun rasa idea tu kurang bernas, tapi we have no choice.. Nak x nak memang saya kena jalankan jugak rancangan ini. Selagi termampu, kami akan usaha...

Maka bermula lah kembara saya dan Jal pagi semalam.. rasa macam satu adventure je.. padahal nak g dq je, coz dah janji dgn publisher tu yang kami akan tunggu mereka kat dq untuk mengambil 170 unit majalah.. sambil menyeret 3 buat beg beroda yg besar2 . Masa berlegar2 di kl sentral sambil menyeret beg2 tu, rasa mcm org sabah yg nak kembali ke tanah Borneo je~cadangnya nak letak majalah la..senang la, main tarik2 je..

Bila nampak kereta publisher tu masuk kawasan dq, saya amatlah nerves.. tangan pun sejuk secara tiba2. Secara kasarnya kita tengok memg dah komfemlah dah dapat majalah tu hari ini, dah terbayang2 pada fikiran saya wajah2 gembira kalian terima majalah tu malam ni..

SAYA LANGSUNG TAK TERFIKIR APA2 KEMUNGKINAN DAN KEKECEWAAN SEKALI LAGI YANG SAYA AKAN TERIMA PADA PETANG ITU.

Majalah tu ada kereta tu, tapi cuma 30 buah je yang dapat diserahkan pada kami. 200 unit majalah sebenarnya akan dihantar ke pj pada hr isnin, tapi kerana publisher tu memg terlalu sibuk, jadi majalah tu terbiar dalam kereta sampai la hari jumaat. Masa nak jumpa kami baru mereka cek balik..

Apa yang dah jadi dgn majalah2 tu??

170 unit majalah dah rosak.. hehe.. coz dah lama sgt duk dlm kereta yg bahang, warna pada page2 berkaler dan cair. Maka terpaksa hantar balik ke syarikat untuk repair balik. Segalanya di luar jangkaan. So yang 30 tadi tu bagi dulu la kat shbt2 di nilai coz wakil dr nilai dah sampi ke pj malam semalam. Jangan marah yer.. Maaf3, kalian pasti dah bosan menunggu..

Saya memg sengaja tak nak bg apa2 gambaran pada kalian tentg rupa majalah ni. Harapan saya, biarlah 1st time kalian tgok majalah GENERATE, majalah tersebut milik kalian sendiri.. he2..Faham kan?? Maaf3, cam nak buat suprise la gak.

Dari segala peristiwa pada minggu ni, menyedarkan saya bahawa Allah hendak memberi tarbiyah yang cukup berguna bagi saya..

Saya selalu berdoa secara lisannya agar Allah berikan waktu yg terbaik untuk majalah ini sampai ke tgn kalian, tetapi hati saya masih lagi berharap ia akan sampai ke tangan kalian b4 cuti. Bagaimana perlakuan hati dan lisan tidak sama?
Mungkin juga saya telah rasa sudah habis berusaha untuk majalah ni, jadi natijahnya seperti mana yg dijanjikan kepada kalian. Secara jujurnya, itulah natijah yg saya inginkan. Tak terfikir langsung nak edarkan lepas cuti, bermakna SAYA TELAH LUPA BAHAWA ALLAH ADALAH PENENTU SEGALANYA.

Memang senang berkata bahawa jgn terlalu bergantung pada usaha, kerana segalanya pada Allah. Saya terlalu alpa dan hina, MERASAKAN USAHA SAYA DAH CUKUP, LANGSUNG BERHARAP PADA USAHA.

Sangat dirasai kasih sayang Ar-Rahim melalui tarbiyah ini. Alhamdulillah..
Semalam saya agak berdukacita kerana majalah yang telah siap dicetak tak seperti yg saya bayangkan,kerana terdapat bbrp kelemahan cetakan berbanding perancgn asal. Alhamdulillh, pengajaran tarbiyah dr Ar-Rahman kembali menyapa saya.. Kembali mengingatkan berapa hina dan kerdilnya diri saya berbanding kuasaNya, betapa saya tiada apa2 pd pandanganNya.

InsyaAllah,sama2 kita ambil pgajaran dari masalah ini. Ternyata kalian memang dah tak sabar nak dpt majalah, tp saya sgt nerves nak lihat respon kalian. Maaf atas segala kekurangan dan kesilapan, kami cuba yang terbaik, Allah jua yang menentukan segalanya..

Juga Alhamdulillah, Ustaz Muktasyaf, Ustazah Solihah dan sahabat di Nilai memberi respon yang sangat menyejuk dan kembali menenangkan hati. Takut pula nak dgr respon kalian.. hehe

InsyaAllah bila dah dapat majalah nanti, tlg send komen pada saya..Any comment, saya tak kisah..
Syukran wa asif 'ala kulli hal..


p/s: Syukran pada pihak yang telah membantu perjalanan pulang kami pada malam tersebut.


Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |