
Alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga impian saya dan juga beberapa rakan2 lain agar muslimat gen 8 ini mempunyai blog sendiri. Nak buat laman web lebih canggih tapi payah tu.. Blog pun tak pelah kan?
Gesaan dari Jal dan dorongan dari Tmah akhirnya lahirlah blog ni.. Saya insyaAllah cuba menjadi admin terbaik tapi blog ini adalah kepunyaan kita semua.
Adakah anda ingat lagi ayat ini yang dipetik dari kuliah subuh ketika Progran HAFAZ awal tahun dulu, tapi saya tak ingat siapa penyampainya :
" Islam tidak boleh dibelenggu kejumudan. Kejumudan inilah yang menghalang kita mencapai kemajuan. Zaman kini, antara method dakwah paling berkesan adalah melalui kecanggihan teknologi dan IT. Kamu bakal menjadi golongan profesional suatu hari nanti haruslah menguasai teknologi dan IT, agar penyampaian dakwah kamu lebih berkesan "
Saya amat mengharapkan kelahiran blog ini menjadi satu medium dan wasilah untuk kita berkongsi ilmu, saling mengingati seterusya menjalankan tugas amar ma'ruf nahi munkar.
" Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman itu sebahagiannya menjadi pelindung sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar.."( At-Taubah : 71 )
Kita hanya bersama selama 1 tahun setengah sahaja di bumi barakah ini. Tempoh sesingkat ini pasti melakar memori2 yang tidak dapat dilupakan oleh kita sepanjang hayat kelak. Selepas ini masing2 sibuk menjadi profesional dalam bidang masing2, mungkin kita jarang berjumpa dan berkongsi segalanya seperti sekarang. Moga2 blog ini akan memjadi penghubung kita, still keep in touch walaupun sibuk..
Ya, ini blog kita bersama..
Namun saya meletakkan beberapa syarat kepada anda untuk kemaslahatan bersama :
-Dilarang meng 'upload' any image peribadi seperti gambar2 anda atau rakan2 yang lain ( sebarang wallpaper,pemandangan, logo dan seumpamanya dibenarkan)
-Hanya MUSLIMAT Gen 8 Persijilan Tahfiz DQ-UIAM sahaja yang boleh meng 'edit' dam mem'publish' posting dalam blog ini.
-Dilarang menulis perkara2 yang tidak perpatutan dalam blog ini (Anda tahukan apa yang saya naksudkan)
-Saya tidak melarang anda menukar template, tapi tak perlu la tukar kot..rasanya macam dah cantik. Nanti Syahira Maimun marah!
-Nak edit yang lain2 boleh je..tapi tak perlulah edit posting yang oleh lain publish. Edit posting sendiri takpe..
Saya juga mengharapkan agar ramai lagi antara kita akan mempunyai blog sendiri, celik IT dan menjadi lagi bagus buat la laman web sendiri. Jangan buat laman web untuk menggantikan blog ni, habis hazaf blog ni nanti!
Selamat mengimarahkan blog ini..
NOTA : Jangan lupa meletakkan tag name anda apabila hendak mem 'publish' posting seperti di bawah ini..
By: Andah @ aisyah idris
0 bunga | kumbang:
Post a Comment