IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Apr 26, 2008

TITIPAN KHAS BUAT SAHABIAH YANG DISAYANGI..


By : Andah @ Loo


Assalamualaikum sahabiah yang saya kasihi sekalian..
Dah lama x update blog kita ni. Biasanya saya kan bersiar2 di dunia ni setiap rabu petang,tapi dah hampir sebulan saya xdapat ke smart lab.Makin hampir masa kita nak tinggalkan bumi barakah ni,makin banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan. Background ni bila masa ntah jadi kale hitam,syukran gee..my fevret kaler.

Harapan saya agar blog ini mencapai tujuannya..Mgkn kalian kurang aktif meng update blog ini sekarang,kerana betapa terhadnya kemudahan cyber di sini.InsyaAllah,saya benar2 yakin bahawa blog ini akan menjadi satu medium dakwah dan ukhwah kita kelak.

Titipan ini saya khususkan buat sahabiah, moga kita sama2 hayati dan moga dapat sesuatu dari penulisan ini.Luahan dari lubuk hati saya buat kalian b4 kita tinggalkan bumi barakah ni. Saya bukanlah pemimpin kalian, malah bukanlah antara kalian yg petah bercakap di khayalak ramai..Tapi atas dasar ukhwah dan hub lillah,saya berasa terpanggil untuk menulis entry ini..


SELAMAT TINGGAL BUMI BARAKAH

Pada hari saya menulis ni,hanya tinggal sebulan je kita di bumi ini. Inilah bumi yang mengajar kita erti kehidupan seorang hamalatul Quran, makna ithar dlm ukhwah, memantapkan aqidah, menyelami tarbiyah dan menambahkan thaqafah. Sungguh, kehidupan kita sebulan akan datang pasti lebih mencabar dan penuh dugaan. Biahnya hampir tidak sama langsung dgn di sini. Moga kita diberikan kekuatan.InsyaAllah.
Walaupun adakalanya saya bosan dan tension dgn sikap segelintir sikap huffaz di sini,tapi rasa cinta pada kampus ini masih mendalam.. dengan sisa baki yg tinggal inilah kita manfaatkan sepenuhnya, cari dan kutiplah segala mutiara di sini..
KITA DAN AL-QURAN

18 bulan menghafal dan mentadabbur kalam agung ini benar2 mengajara kita erti mujahadah, tawakkal dan pengorbanan. Kita semua memahami betapa payahnya mujahadah tu, kerana kita semua merasainya. Allah mengira betapa banyaknya air mata kita yang mengalir, betapa kita memohon kpdNya agar dipermudahkan kita mengahafal. Menghafal dan mentadabbur bersama desakan waktu benar2 menguji ketabahan dalam diri kita. Dulu kita ada seramai dlm 80 orang,namun ada beberapa sahabat kita tidak dapat meneruskan perjuangan ini. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Bersukur kerana Dia telah memberikan kita kekuatan untuk menghabiskan perjuangan ini.

Namun tidak bermakna perjuangan ini habis begitu sahaja.. Kita semua mengetahui apakah natijahnya sekiranya kita mengabaikan apa yang telah kita hafal.Azab Allah itu amat pedih..Menjaga hafalan itu lebih payah dari menghafal.Maka mujahadah kita selepas ini perlu lebih tinggi..

Kita semakin hampir pada xm besar mei ini.Kecut perut nak bawa 30 juzu dalam sehari. Dulu masa sem1, 10 juzu pun rasa cukup gerun. Teringat malam yang esoknya xm syafawi,mmg saya langsung x boleh lelap mata akibat terlalu takut. Namun di sinilah kita dapat melihat sejauh manakah tawakkal kita pada Allah.. Pengalaman saya selama 2 sem ni,setiap kali nak masuk bilik xm je rasa macam dah xde pape dalam ingatan saya..Bila ustaz bacakan soalan,di situlah otak kita mula fokus pada ayat2 yang kita hafal.Di situlah kita perlu benar tawakkal pada Allah.. Ingatlah..walau semashi dan tak semashi mana pun kita, Al Quran itu milik Allah. DiaLah yang Berkuasa ke atas kita.Jadi,mohonlah yang terbaik dariNya.

Masa sem1 dulu, hampir semua kita merasa itu adalh saat yang paling sukar memulakan hidup sebagai hamalatul Quran. Adakalanya otak kita blank, nak hafal ayat2 senang pun tak leh nak masuk..tambah lagi dgn desakan waktu. Kalau kelas saya, tiap isnin kena tasmi 10 muka surat, kena denda berdiri atas kerusi, berdiri luar kelas dll. Masa sem1 dululah kita kerap menangis, rasa bertapa susahnya perjuangan ini..

Ya,kita sama2 merasai saat itu.. Adakah dgn rasa susah payah itu,maka dgn senangnya kita melupakan apa yang kita hafal ini?? Sama2 kita fikirkan..

Untuk xm ni,kita fokus pada awal2 maqra'..Tapi msg2 kita mengetahui tanggungjawab kita bukan pada awal maqra.Saya teringat apa yang Ustazah Naza kata suatu masa dulu pada anak muridnya.. "Saya taknak kamu jadi hafiz awal maqra.." Moga kita mengerti maksud mendalam ini..
PENSYARAH KITA

Pensyarah kita di sini..merekalah yang mengajar kita mengenal erti kehidupan seorang hafiz, yang sentiasa bersungguh2 memastikan kita menjaga hafalan,yang memberikan kita sokongan di saat kita rasa tidak mampu memikul amanah ini. Kerana mereka juga pernah melalui dan merasai apa yang kita rasa ketika ini..

Merekalah yang membela dan menyebelahi kita takala ada segelintir pensyarah dan pelajar diploma yang lain mepertikaikan tentang kita. Benar,ramai yang tidak setuju dgn program yang kita ikuti ini.Menghafaz dalam 18 bulan,mereka menggelar kita 'huffaz ekspress' seolah2 kita bermain dgn Al-Quran. Namun sahabiah sekalian,itu bukan salah mereka..kitalah yang menentukan benarkah apa yang mereka katakan. Tidak dinafikan ada segelintir antara kita akan terus berubah apabila memasuki UIA nanti..Mungkin mereka membuat penilaian berdasarkan apa yang mereka lihat pada generasi2 yang lepas. Marilah kita sama2 membetulkan persepsi mereka terhadap kita,ikhlas kan niat kita.Itulah yang benar2 akan membantu kita beristiqamah..InsyaAllah

Selagi ada masa berbaki ini,gembirakan dan bahagiakan hati pensyarah kita. Bila kita dah masuk UIA nanti,selalulah contact dan tanya khabar. Ustazah saya selalu berpesan supaya kita semua x lost contact walaupun ada antara kita tak ke UIA.
Jasa mereka terlalu besar dan mulia pada kita.. Awal pagi semalam saya menerima sms dari ustazah saya,Ustazah Solihah.Bunyinya begini ;

" Iadah,iadah,iadah,iadah.. Ustazah menanti KEJAYAAN semua"

Sedikit rasa terharu menyelinap dalam hati saya.
UKHUWAH

Kerana Al-Quran kita bertemu
Kerana Al-Quran kita menjalin ukhwah
Kerana Al-Quran kita berbaiah
Kerana Al-Quran segala2nya indah..

Di sini saya benar2 telah menemui erti ukhwah sebenar, pengorbanan ithar dalam bersahabat dan segalanya yang indah tentang ukhuwah. Sahabat2 sekalian benar2 telah memberikan saya kekuatan dan sokongan dalam perjuangan ini.Kita mendukung fikrah yang sama, matlamat yang saya..moga kita sama2 dapat melihat matlamat ini menjadi nyata kelak.

Terlalu tinggi harapan saya terhadap ukhuwah ini, moga kita sama2 menjaga kesuburan ia walaupun arah kita berlainan nanti.


KEHIDUPAN DI KAMPUS UIA

Ada antara kita tidak akan ke UIA. Ada yang akan menyambung medic di Al-Azhar dibawah Prof Razali Nawawi. Saya??

Masa prof datang dulu,ramai yang ajak saya untuk fly ke mesir. Namun saya dah xde keinginan nak fly. Tahun lepas pas kuar result 2 mmg la semgt nak fly,tapi Allah tidak membuka pintu hati saya untuk apply mana2. Walaupun cita2 untuk amik medic kat mesir telah subur dalam diri saya sejak form3 dulu. Saya yakin perancgan Allah itu terlalu indah dan terbaik.Allah telah katakan di sini adalah yang terbaik buat saya.Jika ada rezeki, master nanti di oversea bersama 'keluarga'... :)

Sekarang kos kita kat UIA pun masih belum pasti.
Pernah terlintas difikiran saya dulu,kalu saya apply JPA or MARA InsyaAllah saya akan dapat kos medic tu.
Sekarang saya langsung xnampak bygn kos saya kat UIA nanti. Di sini saya hanya tawakkal pada Allah,agar Dia berikan yang terbaik buat kita.Di kalangan kita ada yg dapat 15A1, 13 A1, best student terengganu dan lain2. Namun mereka langsung tak apply untuk study oversea, kerana kita semua merasakan itu semua tidak sepenting apa yang kita miliki sekarang.

Dari pendapat peribadi saya, peluang nak menghafal kalam agung ini hanya datang sekali sahaja dalam hidup, sedangkan study oversea tu InsyaAllah akan datang kalu ada rezeki. Bila kita dah mula berkerjaya, sibuk dgn keluarga, amat sukar sekiranya kita baru bermula nak menghafal.

Mungkin bila kita dah tua, dah tiada urusan dunia perlu dibuat, hanya masa itulah untuk kita beri tumpuan sepenuhnya pada Al-Quran.Namun masa tu otak kita dah tidak sesegar sekarang, dan tidak pasti lagi kita dapat hidup hingga ke saat itu. Sebab itulah kita perlu bersyukur dan benar2 menghargai peluang ini.

Masing2 kita ada cita2, tapi cita2 ini lebih utama.. Sebab itulah kita mengetepikan dahulu cita2 itu untuk cita2 ini. Moga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita..InsyaAllah
Saya kerap bertemu masyarakat luar.Bila berbual2 ttg tempat blajar dll soalan yang kerap mereka tanyakan:

" tak rugi ke ikut program ni?"
Pada pandgn mereka kita telah merugikan usia kita selama 1 tahun. Apa pandgn kalian?? Adakah kalian merasa rugi mengorbankan 1 tahun untuk sesuatu yang baik, yang tidak akan kita jumpa di mana2 lagi?? Kalian ada jawapannya..

Di uia nanti kita akan bertemu pelbagai ragam manusia, pasti kita akan mengalami kejutan budaya. Di sinilah kita perlu sama2 menjaga n memperkuat antara satu sama lain,agar antara kita tiada yang hanyut. Dan diri kita sendiri perlu berusaha menjaga hidayah ini.

"Hidayah Allah itu tidak akan kekal selamanya kecuali bagi mereka yang benar2 mahu menjaga hidayah itu.."

GHURABA'
Ghuraba'.Itulah jawapan yang saya temui setelah hampir 2 tahun berfikir.
Apa perasaan kalian apabila kalian menaiki kenderaan awam seperti bas, komuter dll seorang diri.Kemudian kalian menjadi tumpuan kebanyakan org dalam kenderaan itu,terutamanya lelaki.
Ada yang memandang pelik, ada yang memandang dari atas ke bawah, ada yang melihat dgn pandgn nakal..dan ada yang tidak lepas memandang hinggalah kalian turun dari kenderaan itu.
Ramai antara kalian pernah merasa pengalaman ini. Juga muslimat di luar sana. Saya kerap ke sekitar Kuala Lumpur dgn berkenderaan awam,selalunya seorang diri. Masa saya mula2 berhadapan dgn keadaan ini,saya rasa pelik kenapa mereka memandang saya begitu seolah2 saya adalah alien. Perkara ni terjadi hampir setiap kali bila menaki kenderaan awam. Dulu saya rasa sedih n segan berhadapan dgn situasi ini. Adakalnya terlalu takut..

Namun bila saya terjumpa hadis Rasulullah tentang ghuraba' saya telah menemui jawapn dan kekuatan.Mengapa kita perlu bersedih dalm melakukan tuntutan syariat? Mengapa kita perlu bersedih sekiranya kita adalah ghuraba' yang dimaksudkan?

Bila berhadapan situasi ini bersama kalian bila kita nak g KL dan lain2 tempat, saya tidaklah merasa gerun dan takut sangat. Jal,acik n alang..ingat lagi tak masa kita naik komuter dulu??Lama2 saya rasa biasa je.. Asalkan kita menjaga kelakukan yang tidak menark perhatian mereka,biarlah sekiranya mereka nak memandang.Yang penting kita tawakkal pad Allah.
Saya rasa ini juga pengalaman yang muslimat di luar rasakan.
FITRAH & MASJID

Fitrah?? Banyak fitrah manusia ni. Saya nak fokus pada fitrah remaja saja. Fitrah nak dikasihi oleh yg berlainan jantina. Tapi kita semua memahami landasan syariat yang sebenar. Kat sini kita kerap mendapat gangguan dari banin2, sampai ramai yang bertekad nak tukar no disamping sokongan dari celcom.tapi ingatlah..Kalu kat sini kita tidak mampu menjaga diri dari semua itu, di uia nanti lagi besar ujian yang kita terima.

Sama2 kita berakhlak sebagai seorang muslimah hafizah, sebagai mawar agama yang tajam durinya..

Masjid..ini isu popular kat dq kat kita pelajar cjil ni x minat nak dgr.Bagi pelajar diploma ni isu biasa,sebab mereka bila habis dploma dah boleh cari kerja dan mendirikan masjid. Kita bila habis persijilan ni bukan boleh terus kerja..mungkin 2 sebab kita x brapa minat pasal isu2 ni.

Tapi Allah yang menentukan semuanya.. manalah tau ada antara kita yang bakal mendirikan masjid awal.. Apa pun,kita tak perlu mencari..Allah dah menentukan yang terbaik buat kita.
Kita doa agar diberikan yang terbaik, tapi lebih baik tidak meletakkan sebarang syarat.

Terutamaya jgnlah meletakkan syarat yg psgn hidup kita adalah seorg hafiz. Kerana kita tak tahu adakah seorang hafiz itu terbaik buat kita. Doa yang terbaik,yang dapat sama2 dapat membina Baitul Muslim..InsyaAllah


TAADUD JAMAAH

Ni antara isu yang tidak pernah padam di kalangan para huffaz di sini..terutamnya bila hampir pada pilihanraya. Perkara ini benar2 membuatkn saya bosan dgn segelintir sikap huffaz di sini.. terus membuatkan saya langsung tidak berminat untuk menyertai mana2 jemaah. Namun kini saya telah menyertai satu jemaah di luar yang telah membetulkan segala persepsi saya. Dulu saya ingat semua jemaah suka bertelingkah tentang perkara furu' seperti ini juga spt yg sy dengar berlaku di ipt2 lain.

Namun sahabiah sekalian, kita golongan yang memahami agama, yang mentadabbur kalam Allah..gunakan akal kita dalam setiap perkara.

Apapun jemaah yang kita sertai, kita mempunyai matlamat yang sama, bermatlamatkan Islam. Kita kembalikan segalanya pada Allah, kita perlu saling tolong menolong dalam perkara yang baik dan taqwa.. ni ayat yg kita selalu baca,mengapa kita x tadabbur dan praktikkan??

Perbezaan pendapat itu satu hikmah dari Allah, moga ukhuwah kita bertambah mantap walau apa pun jemaah kita..moga ia memberikan keuntungan pada Islam.InsyaAllah

ICT

Masyarakat biasa memandang org yg seperti kita ni buta IT dll.. InsyaAllah kita bakal professional huffaz, bertanggungjawab mengubah persepsi masyarakat ni. Kita bakal doctor,engineer, arkiter,akauntan..masing2 perlu mainkan peranan dalam masyarakat. Kita amat besar gunanya pada ummah jika kita gunakan peluang ini sebaiknya. Di samping itu,kita perlu mendalami IT.

Saya mewakili Biro Penerbitan & Informasi amat terkilan kerana tidak dpat melakukan pendedahan atas sedikit ilmu yang saya peroleh ini pada kalian.Namun saya benar2 bersyukur coz kursus blog tempoh hari Alhamdullillah telah berjaya. Rmai antara kita dah ada blog,yg insyaAllah akan kita manfaatkan sebaiknya.
Syukran jazilan buat kalian saya telah banyak memberikan sokongan pada saya dan ahli redaksi yang lain dalam pembikinan majalah Gen 8 dan komik dakwah Muslim Manga.InsyaAllah kami akan jalankan amanah ini sebaiknya. Mungkin kalian tidak akan bertemu kedua2 majalah ini di sini,InsyaAllah di uia nanti.
Akhir kata dari saya, saya memohon maaf di atas segala kesilapan sepanjang ukhwah yang terbina ini. Salam imtihan

1 bunga | kumbang:

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Salamullah 'alaikum.

Antunn wajar memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana Dia sangat sayang kepada antunn memilih antun menjadi hamalatul Quran, kalam-Nya yang Maha Suci.

Terpilih ke DQ ialah sesuatu yang sangat berharga. Ada insan yang langsung tidak tahu peluang sedemikian, dan hanya tahu ketika dia tidak lagi layak memohon.

Tarbiyah dan biah di DQ sangat menyokong kepada usaha hifzul quran. Ayuh perkasakan hifzul quran. Keluar dan berjasalah kepada masyarakat. Banyak lagi sahabat yang berada di lapangan lain yang teruji; mereka ingin juga bersama hifzul quran, namun biah yang sangat mencabar dan tidak menyokong.

Nasykurullahi ta'ala 'ala kulli hal.

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |