IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Oct 31, 2008

PENGENALAN IQRAC


Program Persijilan tahfiz DQ-UIAM adalah program kerjasama antara Maahad Tahfiz Darul Quran dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan professional Muslim yang juga huffaz sebagaimana yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan Islam suatu ketika dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Kindi, Ibnu Rusyd dan ramai lagi cendikiawan Islam yang lain.

Idea penubuhan program ini diilhamkan oleh Prof. Dr. Sidek Baba pada tahun 2000. Penumpuannya adalah kepada pelajar aliran sains yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM. Tempoh pengajian program ini adalah selama 18 bulan untuk menghabiskan hafalan 30 juzu' Al-Quran dan beberapa subjek yang lain.

Setelah tamat pengajian, pelajar program ini akan melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi UIAM dan mengikuti kursus yang ditawarkan iaitu perubatan, pergigian, farmasi, sc hayat, sc fizikal, kejuruteraan, ekonomi, senibina dan reka bentuk alam sekitar.

Graduan program ini diharapkan dapat memberi sumbangan yang besar kepada ummah kelak. Pelajar yang berminat boleh memohon selepas peperiksaan percubaan SPM. Borang2 permohonan akan dihantar ke sekolah atau boleh mendapatkannya di laman web Darul Quran. Pemohon perlu menghadiri temuduga di pusat2 yg ditetapkan.

0 bunga | kumbang:

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |