IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Jul 31, 2009

Muhasabah diri : Riyak Disebalik Amalan Mulia

Allahu Akbar…!!! Bismillahirrahmanirrahim…… “ imam memulakan solat dengan takbir, kemudian membaca surah al-Fatehah dan solatnya di akhiri dengan salam. Selesai solat, imam pun membaca doa dengan penuh emosi, sambil menitiskan air mata. Makmum pun turut menitiskan air mata kerana asyik mendengarkan dan mengaminkan doa imam yang menyentuh jiwa. Setelah semuanya selesai. Imam di minta untuk menyampaikan sedikit tazkirah maghrib… dalam tazkirahnya, imam menyentuh soal akhlak remaja seperti zina, meninggalkan solat, menderhaka terhadap ibubapa dan sebagainya.

Ketika menyampaikan tazkirah, imam menyelitkan beberapa potong ayat al-Quran….antaranya ayat larangan berzina, ayat larangan menderaka kepada ibu bapa dan beberapa lagi ayat yang sesuai untuk diselitkan di dalam tazkirahnya. Imam juga turut menyampaikan tazkirahnya dengan penuh emosi, ada nada marah, sedih, dan ada juga lawak jenaka. Memang imam ni pandai berkata-kata. Sehingga orang yang mendengarkannya tak pejam mata dek kerana terlalu asyik dan khusyuk mendengar tazkirahnya. Ucapannya jelas dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya pun sedap..kadang-kadang diselitkannya lagu-lagu nasyid… memang merdu suara imam ni.

Tepat jam 8.40 malam, imam menangguhkan tazkirahnya dan selang beberapa minit azan isya’ pun berkumandang. Selesai saja azan dilaungkan, masing-masing menunaikan solat sunat rawatib dan diikuti solat isya’. Imam tadi diberi penghormatan sekali lagi untuk mengimami solat isya’.

Imam pun mengangkat takbir. Di dalam solatnya, beliau membacakan ayat-ayat larangan menderhaka kepada ibu bapa pada rakaat pertama, dan pada rakaat kedua, beliau membacakan ayat-ayat larangan berzina . Bacaan imam sangat jelas dan suaranya memang merdu, penuh emosi sehingga yang mendengarkannya pun teresak-esak sambil menitiskan air mata. Alunan bacaan nya pun macam imam Mekah! Kalau ada jemaah yang pernah ke Mekah, tentu mereka akan terbayang-bayangkan suasana ketika di tanah haram.

Setelah selesai menunaikan kewajipan, semua jemaah bangun berebut-rebut untuk bersalam dengan imam sambil berselawat. Tak kira tua atau muda. Ada juga yang mencium tangan.

Imam pun terus keluar dan menghidupkan enjin motornya. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, imam mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang dikenali.

“abang, bila nak balik? Sayang dah lama tunggu abang… rindula…” Imam membacanya sambil tersenyum. Butang reply ditekan. “ sabarla sayang, abg baru je balik dari surau…jap lagi abg sampaila..abg pun rindu jugak..” imam membalas SMS td dengan senyuman tanpa menghiraukan keadaan lalu lintas dihadapannya. Mujur imam masih selamat. Tiada apa-apa yang berlaku di atas jalan tadi.

Sampai saja di rumah, beliau terus membuka pintu rumah dan meluru masuk ke biliknya. Ketika berjalan masuk ke bilik, beliau tersengih-sengih melayan SMS yang diterimanya tadi. Khusyuk benar imam ni melayan SMS td.

Dalam bilik, imam terus mendial orang yang menghantar sms kepadanya tadi. “ hai, sayang… dah makan…?” suara manja terpacul dari mulutnya.. kepada siapa? sudah tentu kepada kekasihnya.

“hai… dah makan tadi… tunggu abg lama sgt…” balas kekasihnya… perbualan mereka meleret-leret hingga jam 3 pagi!!! “ eh, alamak yang, dah lewat pagi ni… abg nak tido la sayang….” kata imam tadi kepada kekasihnya. “ ok.. sayang pun dah ngantuk sangat…bye…assalamualaikum… “ “ waalaikumsalam” jawab imam tadi.

Tak cukup berbual, mereka menyambung perbualan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) hingga jam 4 pag. Satu perjanjian untuk berjumpa berjaya dilakukan. Jam 9 pagi di stesen komuter. Kemudian, barulah mereka menamatkan perbualan mereka.

Itulah serba sedikit kisah rutin harian imam tadi. Rajin ke surau, dan tidak menolak menjadi imam apabila dipelawa. Pendek kata beliau seorang yang rajin beribadah. Biasanya sebelum pulang, imam akan menambah nilai kredit telefon bimbitnya selepas solat isya’.kenapa? sudah tentu digunakan untuk menghubungi kekasih hatinya. Hampir setiap hari begitu. Jumlah kredit yang ditambah pula tidak kurang dari rm50.

Rumusan:

1) Rajin ke surau

2) tidak menolak apabila dipelawa menjadi imam

3) menghafaz ayat-ayat al-Quran, walaupun tidak banyak.

4) Pandai menyampaikan tazkirah

5) Suara yang merdu dan menghayati ayat-ayat yang dibaca.

6) Dihormati jemaah dan orang kampong

Yang negatif:

7) Bermesej-mesej dengan orang yang bukan mahram

8) bercakap perkara yang boleh merangsang syahwat.

9) membuat perjanjian berjumpa dengan orang yang bukan mahram.

Huraian:

1) Rajin ke surau…

imam atau ustaz tersebut masih muda. Baru je tamat pengajian di salah sebuah Universiti tempatan. Dia memang rajin ke surau. Saf pertama sekali takda orang lain, mesti dia lah yang akan mengisi saf pertama sambil berzikir. Tapi sebenarnya, dari awal dia melangkahkan kaki keluar rumah, takda lain yang difikirkan melainkan pujian jiran tetangga…ketika dalam perjalanan ke masjid, matanya menjeling ke arah orang-orang yang melepak ditepi jalan, kemudian mukanya didongakkan sambil hatinya begitu bangga dengan kebaikan yang dilakukan.

Rupa-rupanya, dia ke surau hanya mahukan pujian orang-orang kampong lebih-lebih lagi anak-anak dara yang melihatnya.

2) Tak menolak menjadi imam.

memang beliau tak pernah menolak apabila dipelawa menjadi imam.tapi beliau pula tak pernah mempelawa semula orang yang menjemputnya menjadi imam. Mana taknya, dalam hatinya berkata, inilah peluang nak tunjuk kehebatan ilmunya. nak tunjukkan pada semua yang dia seorang yang pandai membaca al-Quran….sedap bacaannya…. kalau dipelawa semula orang tadi tentu peluangnya untuk menjadi imam terkubur. walaupun dia pernah berkata, kalau jadi imam dapat mengkhusyukkan solat. hakikatnya, itu semua alasan sahaja.

3) Menghafaz sebahagian ayat-ayat al-Quran

Walau pun tak menghafaz al-Quran atau bukan hafizul quran tapi banyak juga ayat-ayat al-Quran yang beliau hafazkan. Antaranya, ayat-ayat larangan berzina, larangan menderhaka, surah-surah pilihan semuanya ada dalam ingatan. Tapi sayang, dia baca, dia hafaz, bukan kerana Allah dan bukan untuk penghayatan. Tetapi dia baca hanya untuk menunjuk-nunjuk di hadapan makmum…sambil mengharapkan pujian dan sanjungan daripada jemaah. Kononnya dia seorang yang hafaz al-Quran. Sebenarnya tidak. Dia bukan hafiz al-Quran. Tetapi dia sangat bangga jika dia digelar hafiz al-Quran.

4) Pandai menyampaikan tazkirah.

Bukan semua orang mampu untuk menyampaikan dakwah atau tazkirah. Walaupun dengan sahabat-sahabat yang dikenali. Tetapi, apa yang dimiliki olehnya, dia mampu menyampaikan tazkirah malah dia sangat pandai bagaimana nak selitkan ayat-ayat al-Quran dan hadith. Pandai bermain emosi ketika berucap, seperti marah, sedih, dan lawak jenaka. malangnya, apa yang dibuat tidak lain hanyalah untuk tujuan riyak. Malah sebenarnya dia sendiri tidak memahami apa yang diungkapkan. Beliau marah diikuti menangis bila membicarakan akhlak-akhlak remaja yang semakin runtuh, tetapi di dalam hatinya semua tu hanya mahu menunjukkan yang beliau seolah-olah sangat mengambil berat dan bersedih akan keruntuhan akhlak remaja. Hakikatnya beliau hanya berlakon sahaja. berlakon bersedih, marah dan sebagainya.

5) Suara yang merdu dan menghayati ayat-ayat yang dibaca

Memang suaranya sedap… merdu… beliau juga takkan menolak pelawaan untuk menjadi imam. bagaimanapun beliau juga tak pernah mempelawa semula orang yang menjemputnya untuk menjadi imam. Kerana di dalam hatinya, kalau dipelawa semula dan pelawaannya diterima, terlepaslah peluang untuk beliau mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan merdu seperti imam Mekah! Tak dapat la beliau nak sampaikan suaranya yang merdu untuk membuatkan jemaah mengalirkan air mata. Juga tak dapatlah dia nak menangis teresak-esak ketika menjadi imam, kononnya beliau sangat takut akan kebesaran Allah, dan kononnya bersedih dengan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Malah dia berasa gembira kalau dapat membuatkan makmum mengalirkan air mata dan menangis kerana mendengarkan kesayuan dan kemerduan suaranya. Hakikatnya, dia tak mengahayati pun ayat yang dibaca… berpura-pura menghayati ayat yang dibaca sedangkan semua tu hanya lakonan semata-mata.

Dari kelima-lima perkara yang baik itu, sebenarnya apa yang dilakukannya adalah tidak ikhlas. Semuanya untuk mendapatkan pujian, sanjungan,dan dihormati orang ramai.

  • Apabila melangkah ke masjid / surau, dia mengharapkan orang kampong melihatnya sambil memuji-muji kebaikannya. seperti : “ tengok tu, muda-muda dah pandai ke masjid…boleh buat menantu…untung mak bapak”
  • Apabila sampai di masjid, duduk di saf pertama sambil berzikir tetapi hatinya berharap orang akan berkata... “ Bagusnya budak ni, datang surau awal, duduk saf pertama…. berzikir…. boleh jadi imam ni… Bukan senang nak jumpa anak muda mcm ni…”
  • Apabila dipelawa menjadi imam. dia tak menolak kerana baginya, itulah peluang untuknya menunjukkan kehebatan dalam membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Apa yang diharapkan ialah pujian-pujian seperti ini : “..ko baca macam imam Mekah la…sedap suara…sayu jer.” atau mgkin jugak macam ni “siapa yang baca ni? sedapnya..bagus..muda-muda dah pandai baca quran.”

Perkara negatif:

1) bermesej / telefon dengan orang yang bukan mahram dan bercakap perkara yang merangsang syahwat.

Inilah antara tabiat pemuda tadi. Ketika memberi tazkirah beliau mengingatkan jemaah terutama anak-anak muda supaya jangan berzina. Beliau juga membacakan ayat quran yang berkaitan dengan perbuatan hina itu. Tapi malang, beliau sendiri tidak beramal dengan apa yang diucapkan. Malah dia sendiri melakukan perkara-perkara yang mendekati zina. Seperti SMS, telefon perempuan bukan mahram, dan menggunakan kata-kata yang menaikkan nafsu syahwat. Beliau berpegang kepada pendapat, …”bercouple2 tu boleh, bercinta-cinta tu boleh (sebelum nikah), asalkan tak melanggar hukum syara’….” yeke macam tu? abes tu, telefon bercakap benda-benda naikkan nafsu tu? tak berdosa kah? SMS atau telefon dengan org yg bukan mahram tanpa tujuan penting, tak berdosakah? Bukankah kita dah diingatkan bahawa bukan sahaja berzina, malah perkara-perkara yang menghampirkan diri kepada zina itu juga tidak boleh. Termasuklah SMS, telefon, berdating dan sebagainya. Semua ini merupakan perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina.

Firman Allah swt bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra’:32)

2) Membuat temujanji (berdating)

Inilah kesannya, apabila bercakap tetapi tidak beramal dengannya. Marah, sedih malah menangis apabila membicarakan tentang keruntuhan moral anak-anak muda tetapi apabila diri sendiri buat perkara tak baik… semuanya TAK APA…. Marah dan sedih dengan perangai muda mudi sekarang keluar berdating tanpa segan silu..berpegang tangan…bercumbuan…. tetapi diri sendiri pun keluar dating, berjumpa berdua-duaan di luar. Bila di tanya kenapa buat mcm tu? jawapnya, “ ala… yang penting tak langgar hukum syara’. Tak pegang-pegang tangan. Tak berpeluk. Keluar pun kat tempat-tempat umum je. berjalan pun lelaki kat depan, perempuan kat belakang. Ni namanya nak selamatkan diri sendiri jer…apa yang diri sendiri buat semuanya boleh…sedangkan apakah benar Islam membenarkan begitu? Benarkah Islam membenarkan berdating tapi tak langgar hukum syara’? Benarkah kita dibenarkan keluar berdua-duaan asalkan tak berpegang dan berpeluk? Begitukah yang diajarkan kepada kita???

Para pembaca sekalian,

Semua cerita di atas dan huraian cerita sebenar kisah pemuda tadi adalah bertujuan untuk mengingatkan diri kita sendiri supaya sentiasa ikhlas dalam semua perkara, bukan sahaja dalam soal ibadah malah dalam apa jua perkara yang kita lakukan di dunia ini. Sentiasalah ikhlas ketika bercakap atau melakukan apa sahaja. Bukan bercakap, tetapi diri sendiri tak buat.

Sentiasa beringat dan jangan biarkan ilmu yang dipelajari membutakan hati kita, tapi jadikanlah ilmu sebagai panduan hidup, menjadikan diri semakin takut kepada Allah.

Semakin tinggi ilmu, semakin merendah diri kita kepada Allah. Bukannya semakin bertambah ilmu, makin sombong kita kepada Allah….

* Artikel ni bukan bertujuan untuk bersangka buruk pada orang lain. Walaupun artikel di atas cuba menghuraikan kisah disebalik perbuatan yang baik, namun ia bukan bermakna kita kena bersangka buruk pada orang. Kita tak tahu sebenarnya apa yang ada di dalam hati orang lain.

Segala yang diceritakan ni, sebenarnya ada dalam diri kita. Ia bertujuan sebagai peringatan supaya ilmu yang dimiliki jangan dipermain-mainkan dan diambil mudah. Jangan semakin bertambah ilmu, semakin menjadikan kita tak bersungguh-sungguh mengamalkan ilmu. Jadilah walaupun ilmu yang sedikit tapi ilmu yang sedikit itulah yang di amalkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Wallahua’lam …mudah2an artikel ini dapat menjadi peringatan berguna kepada kita semua…


credit to :http://ibn-yusoff.blogspot.com/

0 bunga | kumbang:

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |