IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Jul 1, 2010

LUCU KAN?


Assalammualaikum w.b.t.

Lucu kan, RM20 yang kita sedekahkah kepada masjid terasa amat besar tetapi
tidak terasa apa-apa bila kita belanjakannya di pasar.

Lucu kan, bila kita rasa amat lama untuk berzikir selama satu jam, tetapi kita
merasa amat sekejap menyaksikan perlawanan bolasepak selama satu jam setengah.

Lucu kan, kita terasa amat lama duduk ittiqaf di masjid sejam dua, tetapi tidak
rasa apa-apa untuk menonton filem yang panjang.

Lucu kan, kita tidak tahu apa yang nak didoakan, tetapi kita tidak ada masalah
bersembang berjam-jam dengan kawan.

Lucu kan, kita naik semangat bila ada tambahan masa dalam perlawanan bolasepak ,
tetapi kita merungut bila sembahyang terawih panjang sedikit daripada biasa.

Lucu kan, beratnya untuk membaca satu juzuk al-Quran, tetapi dengan mudah kita
membaca seratus muka surat novel kegemaran kita.

Lucu kan , kita berebut mendapatkan tempat duduk di depan dalam perlawanan
bolasepak atau konsert tetapi kita selesa berada di saf belakang sembahyang
jemaah supaya senang kita keluar nanti.

Lucu kan, kita perlu buat temujanji dua tiga minggu untuk tetapkan program
masjid tetapi kita boleh tetapkan program lain serta merta.

Lucu kan, betapa sukarnya untuk mengeluarkan beberapa perkataan untuk mengajak
kawan kepada kebaikan, tetapi kita amat mudah untuk mendengar dan menyebarkan
gosip.

Lucu kan, kita percaya bulat-bulat apa yang suratkhabar beritahu , tetapi kita
mempersoalkan kebenaran ayat-ayat al-Quran.

Lucu kan , semua orang hendak pergi ke syurga tanpa perlu beriman, berusaha atau
berbuat sesuatu.

Lucu kan , bila kita hantar sebuah cerita kelakar melalui e-mail ianya tersebar
dengan cepat, tetapi bila kita sampaikan satu dua ayat Allah, ramai yang
keberatan untuk berkongsi maklumat.


LUCU KAN,

Tergelakkah anda ? Berfikirkah anda?

Segala pujian kepada Allah, tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Al Anbiyaa: ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan
sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi
oleh hamba-hambaKu yang soleh".


Nukilan : Abah Latiff

0 bunga | kumbang:

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |