Sangat seronok mengingati kembali kenangan sepanjang majlis konvokesyen kita yg lepas.. walaupun baru seminggu berlalu. Kembali menjejakan kaki ke bumi Darul Quran yang menjadi persinggahan kita suatu ketika dulu adalah sauatu perkara yg amat mengembirakan, hinggakan tiap hari sebelum konvo saya mengira bilakah akan kembali ke bumi itu lagi. Di situlah kita rasakan segala ketenangan dan kedamaian, bukan pada pemandagan semulajadinya sahaja, juga pada biah dan hidup kita di sana.
Perubahan dan kelainan pada biah kita sekarang adalah satu ujian yang perlu kita terima. Sudah tentulah Dia Amat Mengetahui bahawa kita MAMPU untuk menghadapi ujian2 ini. Teringat pula 2 minggu lepas masa jamuan gabungan antara mantan ahli TTK dgn BPI kat surau KC. Seronok dapat berkumpul dan mengimbau nostalgia lama. Walaupun uia tak lah besar mana, tapi kalau dah asrama jauh2, kelas tak sama memg susah nak jumpa. Jumpa pun sempat bagi salam dan tanya kabar je. Kalau dulu selalu jumpa kat Dewan makan dan masjid, boleh borak2 jap masa penat cari modal (wa..dah lama xdengar perkataa nih..huhu)
Masa bas pertama banat masuk gate DQ suasana dalam bas yg sunyi asalnya (coz ramai dah tido on the way tuh) tetiba jadi hingar-bingar. Masing2 dah menzahirkan rasa rindu yg dah lama bersarang di hati. (Macamne r pulak korg boleh tetiba tercakap perkataan "RINDUNYA" dgn serentak masa tuh.. hehe)
Lepas urusan penginapan dan jubah konvo, terus ke rumah baru Ustzh Solihah & Ustz Muktasyaf di Rasa. Setiap kali bertemu Mr. IT ini, pasti ada perkara baru yg saja pelajari, kali ni pasal kamera dan pencahayaan yg saya x pernah tau pun b4 ni. Revolusi kamera beliau dari saya sem 1 dulu,sekarang beliau dah ada kamera canggih.. (berat pulak tu)
Hehe,walaupun cam bosan xsikit konvo kali ni coz x meriah mcm tahun lepas, tapi ini konvo kita.. mestilah kita rasa best.
Ada satu msj yg saya hendak kongsi dgn kalian :
" ...moga mendapat 'ishmah Allah sepanjang masa.Moga menjadi huffaz yg barakah, memberi manfaat pada ummah. Doakan sahabat lain turut diizin menjadi huffaz."
Satu perkara yg perlu kita sedari dan syukuri dari dulu lagi, terlalu ramai sahabt kita yang mengimpikan untuk menjadi huffaz. Tapi kita yang dikurniakan Allah anugerah dan peluang ini sering kali jauh dari rasa bersyukur terutamanya saya sendiri. Sejak saya tinggal bersama golongan hamalatul quran ini, terlalu banyak 'keruntuhan' golongan ini yang saya lihat. Kalian pun tahukan tentg perubahan kita sejak kita dicampakkan ke dalam realiti masyarakat.
Kehidupan kita tidak sama mcm dulu pastinya, ujian kita berbeza. Ada yg diuji dgn roomate, classmate dll. Apa yg penting ingin saya seru, jagalah hidayah yg telah dianugerahkan sebaik2nya. Hidayah itu takkan kekal selamanya kecuali bagi mereka yg benar2 mahu menjaganya.
Tak sedihkah kalian melihat sahabat yang sama2 bermujahadah dgn kita menghafal dulu kini terang2ngan berduaan dgn bukan muhrim di kafe? Tak peritkah kita nak terima ramai antara kita bercouple? Ini ujian mereka, ujian kita tak tau lagi bila dan bagaimana. Berdoalah sentiasa agar ujian kita yg bakal mendatang ini mampu untuk kita hadapi dan sama sekali tak kecundang. Pertahankan prinsip2 yg kita pegang dlu untuk menjadikan kita benar2 muslimah solehah dan hafizah. Dan jangan sesekali serik untuk bantu sahabat2 kita yg sedang diuji,sekali pun payah. Dan paling penting, ambil pengajaran.
Hari 2 saya borak2 dgn roomate, Radhiyah. Juz tanya2 apa perasan masa konvo. Beliau jawab
"Sedihlah, sebab kita bukan ingat pun keseluruhan Al-Quran tu.."
Mari kita renungkan, kita menaiki pentas dan menerima sekeping sijil tahfiz dari menteri, disaksikan oleh ibu bapa, pensyarah dan sahabat. Sekaligus mengishtiharkan kepada umum secara rasminya kita adalah seorang yg menghafal 30 juzu' Al-Quran.
ADAKAH KITA INGAT SELURUHNYA?
ADAKAH KITA BERAMAL DGN KANDUNGANNYA?
ADAKAH KITA MENYERU ORANG LAIN UNTUK BERAMAL DGNNYA?
ADAKAH KITA MENYERU ORANG LAIN UNTUK BERAMAL DGNNYA?
ADAKAH KITA BERMUJAHADAH MENJAGA HAFALAN; IADAH, PEMAKANAN, PERLAKUAN, PERCAKAPAN DSBNYA??
ADAKAH KITA BERUSAHA MENJADI HAMBANYA YG TERBAIK?
Secara jujurnya, jawapan saya untuk semua soalan di atas iadah TIDAK. Maka, saya sendiri bukanlah seorg hafizah. Maka sahabat2, sama2 kita Berusaha yang terbaik untuk mencapai kemulian di sisi Allah, bukan kemulian di dunia.
Sama2 saling memperkuat dan menegur, dan insyAllah sama2 kita cari kemulian itu. Maaf atas segala kekurangan dari pihak saya. Salam mahabbah dan selamat bercuti.
p/s: Study yer..nak xm buka cuti ni
2 bunga | kumbang:
syukran ats persoalan2 yg ditimbulkan. persoalan2 yg bisa mencetuskan tanda tanya dlm diri..
tidak perlu org lain utk menjawab, sbb kita ada diri sendiri utk ditanya.
buat shbt2 huffaz yg sedang membaca komen ni, cuba koreksi balik diri. igt balik matlamat asal masa mula2 terjun ke bidang penghafazan al-quran ini. refresh niat masing2..
buat mrk2 yg b'mujahadah mengekalkan hafazan al-quran (tak kira di CFS atau tmpt lain), teruskan usaha kalian. mmg tak dinafikan agak sukar.. tp ingat! ganjaran besar yg dijanjikan ALLAH, nun menanti di hadapan sana..
wallahua'lam..
tu la psl...nak kekalkan 30 juz tu mmg perlu kerah keringat..dan sokongan dari sahabt2 huffaz.kadang2 apa gunanya dah graduate tp tak ingat..sedih memang sedih apa yang nak dijawap kelak.orang memandang tingi kita sebagai huffaz tapi apa sumbangan kita? untuk diri,msyrkt,agm n negara?so harap sahabt2 jaga alquran terutamanya jugak diri ini..doakan..
Post a Comment