IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Jun 30, 2010

Terima Kasih Temen!

Entry ini ditulis khas sempena keberangkatan semua banat gen8 ke main campus masing2, 6hb Julai ni insyaAllah. Apa kabo kome semua? Aku Alhamdulillah sihat wal ‘afiat. Selalu tak tanya kabo pun, mesej orang dekat2 saja. Nak guna aku ke, ana ke, kami ke, saya pun taktahu. Guna aku aci lah eh? Hikhik.

Dah lama nak tulis benda alah ni, tapi rasanya time ni kot yang paling sesuwei. Tulisan ini untuk semua banat, takda pengecualian. Jadi aku harap hangpa sume baca na. Tapi kalu nggak mau pung takpa, no worries.

Sebenarnya aku nak ucap terima kasih, yang seinfiniti karna Allah mempertemukan aku ngan korang. Alhamdulillah. Allah mempertemukan kita di bumi barakah Darul Quran, tempat kita memorize al-Quran sama2. Best kan kenangan tu?
Kenangan dalam kelas tasmi’, aku selalu kacau budak kelas aku, tak ckup2, budak kelas sebelah mcam kelas anisah ngan kelas Juni pn aku kacau jugak kadang2. Orang nak mengaji pun aku kacau. Aku minta maaf kalau ada antara gurau senda aku yang terlebih, yang ada buat korang terasa tapi korang tak beritahu dan simpan sampai sekarang. I am quick of complaining bout others, tapi kadang2 aku susah terima bila orang cakap aku macam2.

Maaf jugak pada mereka yang aku selalu marah2. Aku akui itu memang kelemahan aku yang utama, marah2 dan merajuk. Aku sedang usaha mau buang sikap2 macam tu, minta maaf sahabat. Jugak yang aku jumpa, selisih tapi tak senyum. Padahal kita semua bersaudara. Senang kan nak sebut, tapi susah mau apply dalam hidup.

Untuk usrah Batrisya, ceh nk sebut jugak, terima kasih baaanyak2 sebab terima ucu, minta maaf sebab tak wish pun besday korang. Bukan tak ingat, tapi kadang2 memang tak ingat. Semua orang ada kenangan ngan usrah masing2 kan. Yang buat usrah tepi tasik, bawah pokok, bawah meja pondok (ade ke?), usrah beli goreng pisang kt makcik dekat umah warden. Sambut besday ahli usrah, sharing2 masalah, riadah same2, sume best kan? Kadang aku rindu tu semua. Dah masuk main campus, jarang mau ketemu sahabat. Mungkin salah aku jugak. Tapi memang, duduk kt main camp memang akan selalu busy. Macam aku, selalu suka buat kerja sendiri, lama2 memang sendiri sampai sekarang (mcm ayat nk menikah pulak). Kat Gombak ni dah lah tak ramai, time aku ada aku ngan Hafizah saja, jadi aku kepit ngan dia sajelah. Dia pun bosan dengan aku dah kot. Hehe. Aku harap korang yang nak masuk main camp ni jangan la jadi macam aku eh. Janji tau!

Ape ntah mau tulis lagi, tadi macam banyak pastu hilang begitu saja.
Aku rasa sangat berterima kasih kerana dipertemukan dengan kalian. Yang peritnya menghafaz hanya kita yang tahu. Ada antara kita yang mudah ingat dan mudah lupa, ada yang susah ingat tapi ingatan dia kekal. Tapi seriously, memang susah mau mujahadah. Adakah susah kerana mind set itu? Entah lah..

Duduk main camp, kena bijak susun masa utk i’adah (dah lama tak sebut perkataan nih). Kalau yang diberi nikmat macam aku dan Hafizah, Alhamdulillah dapat join kelas tahfiz untuk kokurikulum. Sapa mau tau, sila klik sini yach. Aku jenis yang tak pandai bajet masa, jadi macam agak terabur. Dulu berkobar2 semangat, sekarang semangat aku dah senipis kulit bawang. Serius. Jangan jadi macam aku tau!

Mungkin itu salah satu sebab aku tulis, aku rasa sangat susah mau mujahadah Quran kat sini Di rumah apatah lagi. Tapi, semua itu kita yang create kan. Jadi salah aku. Kita sendiri dapat agak berapa banyak ayat al-Quran yang kita ingat. Yang diamalkan apatah lagi. Kadang2 amik separuh2. Kadang tahu benda tu salah, melalaikan tapi buat2 tak nampak. Zalimnya kita pada diri sendiri!

Ada baca blog ijat hari tu, dia pun letak pasal DQ. Aku pun tak baca sampai habis (kantoi) tapi ayat ustaz Wan yang bawah sekali tu memang aku ingat maksudnya. Lebih kurang : “teruskan mujahadah dengan Quran kerana insyaAllah satu masa nanti kita akan rasa kemanisannya.” Aku tak ingat siapa cerita pada aku, anak murid ustaz Wan la, bahawa ustaz dah umur 30 lbh ni baru dia dapat rasa manisnya Quran tu. MasyaAllah, kuatnya ustaz Wan mujahadah kan.

Kadang aku terfikir, kenapa Allah hantar aku kt DQ. Dulu2 waktu sharing sama Imah, dia ada cakap mesti ada hikmahnya. Ye, aku pun tahu mesti ada hikmah tapi aku pun macam jumpa macam tak jumpa. Allah dah bagi amanah suruh tunaikan, tapi aku tak ingat pun amanah tu apa. Bukan tak ingat, buat2 tak ingat. Kejar dunia, Akhirat ingat kadang2 je. Zalim kan?

Tatkala ini, aku rasa mau menangis kt bahu2 korang, betapa sedihnya aku dengan diri sendiri yang sering kalah dengan hawa nafsu sendiri. Aku tak kuat. Bila menangis, aku jadi makin rindu ngan korang. Mahu kembali ke kelas tasmi’, mau pulun waktu kelas I’adah malam2, mahu busykan diri dengan Quran. Tapi sekarang menyesal pun dah tak guna kan. Itulah manusia, sering berkeluh-kesah, isk.

Terima kasih sebab korang sudi dengaq masalah aku, tasmi’ aku, makan same2 ngan aku, layan karenah aku, sanggup bersabar dengan aku, TERIMA KASIH SOBAT! Aku tak tahu nak kata macamana, tapi aku sayang korang. Saaayang sangat2! Terima kasih sebab sudi mengisi ruang hidup aku, yang mana semua itu Allah saja yang mampu membalas. Kita milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Dunia ini hanyalah senda gurau (macam yang aku selalu ketawa2 ngan korang tu) dan Akhirat lah yang KEKAL. Allah Allah..

Terima kasih terima kasih terima kasih. Untuk ahli kelas tasmi’ aku : kak aisyah, zuhairah, angah (hafizah haris), hafizah hisma, alang (wani hanizam), aji, radhiyah, nabila hanis, syidah, hanisah and akmal.

Untuk usrah Batrisya, angah, alang, ateh, anjang, andah, adik, tenkiu for always making me smile. Tak ingat la pernah ke tak nangis kat korang. Hikhik. Harap korang jgn lupekn ucu tau! :D

Untuk jiran2 bilik, satu blok, anisah, kak syah, ijat, nisah, ahda, ko-e, amsya, zur, put, izwani, u all complete my life. Tme kasih sebab slalu ajak aku makan2, bukak pose, buat halaqah pasai jemaah, dan korang lah yang memperkenalkan aku pada makcit goreng pisang tu. Hehe. Untuk rumet 2 sem, Jannah, thanks sebab banyak bersabar, moga bahagia dunia Akhirat dengan si dia dn dapat menjadi sayap kiri perjuangannya insyaAllah.

Untuk semua yang tak tersebut tapi mereka sayang padaku, aku pun sayang kamu jugak, macam mayD, aku ada perasan nama aku dlm blog dia yg sahabat tu, tapi aku tak komen pun. Bukan bermakna nama yang tak disebut aku tak ingat, korang sntiasa ada dalam hati, moga kalian dalam peliharaan dan rahmat Allah.

Moga umur kita yang meningkat setiap saat menjadikan kita hamba yang taat, anak yang berbakti, isteri yang solehah dan ibu yang berbakti (+amanah2 lain). Sangat berharap dapat ketemu kalian di syurga. Amin amin amin ya Allah. Moga terus kuat dalam mujahadah menempuh cabaran dalam hidup dan dianugerahkan darjat di sisi-Nya. Minta maaf untuk semuanya, sebab aku taktahu bila kita dapat jumpa lagi. Halalkan segalanya, termasuk amanah yang telah aku pegang sewaktu kita bersama dulu. Kalau ada hutang aku belum dilangsai, bulih kontek no fon, no DQ tu. Tak pun emel kat xserata@yahoo.com .

Jaga diri, iman dan amal. Wish u all the best in yout future undertakings. Utamakan berkat daripada pangkat! Baarokallahulakum. Wassalam.

SitiSumaiyahYahya, Generate
Sayyidul Ayyam, 250610
Kerana Allah tercinta, al-Quran mekar di dada.




sayang kalian kerana Allah!


sumai:bila tulis macam ni, aku pun ada perasaan macam uda delacour bila tiap kali nak publish post. hikhikhik
entri nih amik kat sini tau tau, ada dua gambaq yang aku buang sebab macam tak molek, letak gambaq banat ramai takpe ke? kalau takmau, sila habaq noo

5 bunga | kumbang:

::P::R::O::M::A::T::8:: said...

thankss sumai for the post..^_^

Sumaiyah said...

sebenaqnya memang mau suruh dur letak kat sini. hik3

sebab ada orang jarang mai belog kami.

titibe ade olang ajak jadi mode kat sini plak. ngehehe

dur, cuti dah nk habes :P

fauziah hanum said...

haha..
3 hari lagi,baru nak photosatap document la,beli barang la..

hehe..nt dpt jumpa sumai..

Sumaiyah said...

hoho, tak eksaited ke gee nak p gumbak? huhu

jumpa kami? malunya :"> hikhik

durakhyar said...

excited gak..takut pun da gak..
takut xleh admit suasana n
owh..i becomes university student!!

haha

ececec..malu lak dia nie..^________^

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |