IKLAN PENAJA

"Sebarang isu semasa yang berlaku di sekeliling anda sebagai Gener8 samada exam,aktiviti persatuan,kelab atau secretariat,yang berkait dengan ahli-ahli promat,anda boleh maklumkan di laman hiwar PROMAT8 . Perkongsian dari blogger-blogger lain juga amat digalakkan.Diskusi isu semasa boleh dipaparkan juga disini.Kerjasama anda amat digalakkan bagi melancarkan laman blog PROMAT8"

:: admin ::

KLIK Tautan Ukhuwwah Banat Gener8

Followers

Jun 28, 2010

Aku telah berzina Ya Allah

Assalamualaikum...




Ya Rabb,
Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatan-MU, di hadapanMu….
Rabb….
Dadaku berdegup kencang. Tangan dan tubuhku menggigil. Menantikan pengadilan di hadapan-NYA. Akhirnya malaikat itu datang. Membawa catatan amalanku di dunia. Dibukanya layar…. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. Apa yang terlihat, sungguh membuatku menyesal. Memalukan….
Ya Rabb, kenapa mulutku tidak bisa bicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Kudengar mata berbicara lantang. Lalu terlihat di layar, aku sedang membelek wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengarkan kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!”
Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bertelepon ria dengan pacarku. Dia memanggilku ’sayang’, akupun demikian… Dia berkata “I love you”…

Rabb…
Kenapa semua aktivitiku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berpacaran?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih menampilkan rekaman kegiatan harianku. Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah kutemui. Bahkan sampai ajalku menjemput, aku sedang menelepon dia dan sayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..wajahnya sungguh menarik hatiku. Dialah salah satu teman facebook, laman sesawang sosial yang pada waktu ajal akan menjemputku, laman itu yang paling terkenal dan selalu digunakan… Komunikasi di facebook, berlanjut ke sms, lalu telepon. Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan siang. Setelah itu, semakin intim hubungan kami. Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Rabb..
Sia-siakah hariku? Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia. Tiap minit aku hanya memikirkannya. Bahkan pada waktu menghadap-MU…aku tak tersentuh oleh ayat-ayat-MU…. Apalah lagi qiyamullail, Rabb. Untuk sekadar bangun subuh pun sukar.

Rabbi…
Malam itu dia meneleponku. Malam kematianku. Seperti biasa, dia menanyakan kabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku. Dan hal yang selalu kami lakukan…ia memanggilku ’sayang’ dan akupun demikian…. Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Rabbi…
Aku mengaku salah.
Aku berpacaran dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina karena selalu merindukannya.

Rabbi…
Aku sudah menghadap-MU, dalam su’ul khatimah. Ku mohon, sadarkan lelaki itu ya Allah. Jangan biarkan ia mati dalam keadaan seperti itu. Sadarkan ia ya Rabb…

Facebook, semuanya bermula.
Rabb, aku berzina.
Seberapapun kecilnya, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..

Menetes air mata ini.
Andai aku bisa kembali ke dunia lagi….


*****

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”


ameen.

0 bunga | kumbang:

Jom klik di sini ^_^

| Memori+Gener8 |