Terpanggilnya saya di sini hanya sekadar untuk memberi teguran kepada banat khususnya, dan untuk para muslimaat amnya, tentang laman sosial yang semakin menempa nama di hati manusia. Moga kita tidak termasuk dalam manusia golongan sedemikian.
Baru-baru ini (atau mungkin dah lama sikit) saya dapat berita dari seorang sahabat tentang banin yang menegur tentang gambar banat di facebook. Sebenarnya kalau nak sentuh tentang laman sosial yang satu ini, terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Pros dan cons nya terlalu banyak. Terpulang pada kita bagaimana untuk memanfaatkannya ke arah kebaikan atau memandunya menuju kejahatan.
Okay, pasal gambar. Dia menegur kerana terlalu ramai banat yang meletakkan gambar mereka sendiri di Facebook. Saya tak kata wah, bolehlah letak gambar orang lain eh? Bukan bukan, maksud hamba Allah berkenaan, gambar yang banat letakkan itu, hanya ada 3-4 orang sahaja, dan ia boleh diview oleh semua orang. macam kita set kan pada ‘Everyone’ lah. Kalau gambar ramai macam satu kelas takpelah lagi.
Ayat dia saya tak berapa ingat, sebab bukan saya yang dapat mesej berkenaan. Dan tak kisahlah banat yang dimaksudkan itu dari Gombak, Kuantan atau yang melanjutkan pelajaran di tempat selain dua tempat ini. Tujuan hamba Allah itu hanya untuk menegur perkara berkenaan, yang mana kalau difikirkan, agak segan untuk kita (banat) terima.
Mungkin kita tidak sedar dan tidak tahu, gambar berkenaan dilihat oleh raaaamai manusia yang kadang-kadang niat mereka tidak kita ketahui. Yalah, Allah menciptakan kita dengan bermacam gaya dan ragam. Ada yang suka begini begini, ada yang suka begitu begitu. Adakah kita mempercayai keseluruhan kawan di dalam akaun Facebook kita hingga sanggup kita memaparkan gambar kita untuk tatapan umum.
Walaupun aurat tidak terbuka, ingat, muka juga boleh menimbulkan syahwat. Apatah lagi kalau gambar kita tu menunjukkan gaya kita yang bagi kita biasa saja, tapi bagi sesetengah orang, ia mengghairahkan dan membangkitkan nafsu.
Itu baru gambar, belum sentuh tentang komen2 pada wall post, gambar, dan sebagainya. Kalau komen membina dan berisi, tak apa. Tapi kadang-kadang, ia hanya sekadar bergurau senda yang kadangkala bisa menjatuhkan maruah seorang muslimah.
Peliharalah diri kita masing-masing dari menyumbang kepada fitnah alaf baru ini. Moga Allah mengekalkan hati saya dan kita semua atas jalan ini, dan menganugerahkan kita semua iman yang sentiasa mahu kepada kebaikan. Saya menyampaikan, untuk ingatan kalian, banat yang saya sayangi kerana Allah dan untuk diri saya sendiri. Wallahua’lam.
Mungkin ia sebenarnya lebih teruk dari itu. Seperti ini :
5 bunga | kumbang:
Hehe. Thanks ucu. :)
same2 uda (:
seperti ku terkena...
tp setakat nie gee masih jaga gambar2 yg gee post..
tp kdg2 kite xdpt menyekat org lain mengpostkan gmbr2 kite...
tq sumai atas peringatan
dur,
general gee, ingatan untuk kami jugok..
cda,
came2 meow
Post a Comment